Wartawan NSTP


PERTANDINGAN empat penjuru dijangka berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kali ini.

Ia membabitkan calon Pakatan Harapan (PH); M Manogaran, Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Pusat penamaan calon ditutup tepat 10 pagi hari ini dan pengumuman rasmi calon bertanding akan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis, seawal jam 10.30 pagi.

Proses penamaan calon PRK Cemeron Highlands berlangsung di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, dengan tempoh masa satu jam diberikan SPR bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 10:23 AM
CALON Pakatan Harapan (PH); M Manogaran (atas, kiri), Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor (atas, kanan) serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (bawah, kanan) dan Wong Seng Yee (bawah, kiri). FOTO NSTP