JAMELIA. FOTO Ihsan Bomba
Hazsyah Abdul Rahman
cnews@nstp.com.my


WANITA warga emas dilaporkan hilang selepas dilaporkan keluar mencari daun keembung di Kampung Tandu Batu, dekat Pulau Jambongan, Beluran, semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan berhubung kehilangan Jamelia Ungung, 64, kira-kira jam 5.35 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, wanita itu dipercayai keluar rumah sendirian ke kawasan berhampiran untuk mencari daun keembung sejak jam 2 petang Ahad lalu, namun tidak pulang.

“Bagaimanapun, pihak kami hanya menerima laporan untuk meminta bantuan mencari mangsa pada pagi semalam.

“Sepasukan lima anggota kemudian dihantar ke lokasi itu menggunakan sebuah bot dari Pekan Beluran.

“Setakat pagi ini, bomba belum menerima sebarang maklumat terkini dan mangsa belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 8:54 AM