Laporan akhbar sebelum ini.
Laporan akhbar sebelum ini.
Muhammad Mustakim Ramli


OPERASI Skuad Badar dalam mencegah kemungkaran dihentikan buat sementara waktu sehingga kes penahanan presidennya selesai.

Ahli Majlis Tertinggi Skuad Badar, Mohd Farid Nazmi Ahmad Faizal berkata, tempoh itu sesuai untuk semua ahli skuad bertenang dan muhasabah diri.

“Kami ‘hold’ dulu, presiden di dalam (reman) takkan kami nak buat operasi di luar.. tak kena tu.

“Dalam ujian yang melanda kami ketika ini, ia adalah waktu menjadikan ukhwah antara kami semakin kuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mendakwa perjumpaan antara Skuad Badar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah diatur pada 28 Januari ini.

“Difahamkan perjumpaan itu untuk membincangkan hala tuju Skuad Badar, namun sebelum jumpa (sudah) jadi seperti ini.

“Kami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa sama ada polis ataupun jabatan agama. Malah mempunyai hubungan yang baik secara tidak langsung antara polis dan jabatan agama,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas JHEAIK berhubung dakwaan pertemuan Skuad Badar dengan jabatan itu pada 28 Januari ini, gagal.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Presiden Skuad Badar ditahan reman selama empat hari berakhir esok kerana dipercayai melanggar Akta Pertubuhan serta Akta Rahsia Rasmi.

Berita berkaitan

Presiden Skuad Badar direman

"JAIK serah pada polis

"Niat Skuad Badar baik, tetapi...'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 12:28 PM