CHUAH memohon maaf kepada bomba.
Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@nstp.com.my


PENGGUNA Facebook membuat permohonan maaf secara bersemuka kepada anggota bomba kerana membuat kenyataan biadap mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut, Ahad lalu.

Chuah Chun Howe tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di Georgetown, hari ini, dan bertemu Ketua Balai Bomba Jalan Perak, Ismail Mohd Zain, kira-kira 9.30 pagi.

Terdahulu, Chuah dalam kenyataannya kepada sebuah portal berkata, dia menyesal dengan tindakannya yang bercakap secara melulu tanpa memikirkan pengorbanan anggota bomba.

“Saya berjanji tidak akan bercakap yang tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail (Ismail Mohd Zain) sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba.

“Saya harap semua orang tidak akan buat komen negatif terhadap ahli beruniform seperti yang saya lakukan, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka. Sekali lagi, saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia,” katanya.

Chuah berkata, akaun laman sosialnya juga ditutup oleh pengendali Facebook selepas ia dilaporkan oleh netizen yang ‘menyerangnya’ sejak kelmarin.

Isnin lalu, Chuah memperlekeh usaha anggota bomba yang bertugas dalam operasi SAR kenderaan SUV yang terjunam ke dalam laut itu.

“Skuad penyelamat bomba kita tak guna, cetek je pun tu pun gagal nak cari, semua tido dan makan saja,” katanya.

Komen itu menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan dia seolah-olah tidak sensitif dengan kejadian berkenaan, selain menggesa Chuah meminta maaf dengan segera atas kata-katanya itu.

Sementara itu, Mohd Zain berkata, Chuah datang dengan perasaan kesal dan ingin bertemu anggota bomba.

“Saya memberitahunya bahawa dia harus memohon maaf secara online di mana komen dibuat, tetapi dia mengatakan bahawa akaun Facebooknya digantung,” katanya.

“Kami menjelaskan kepada dia bahawa semua orang mahu menyelesaikan operasi secepat mungkin, tetapi keselamatan adalah keutamaan,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] SUV putih dinaikkan

Alamak, tali terlucut pulak...

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 6:56 PM