OPERASI menaikkan SUV terbabit. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Hadzlihady Hassan
Hadzlihady@hmetro.com.my


KESELAMATAN penyelam turut diambil kira dalam usaha menaikkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang terhumban dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu.

Koordinator SAR Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, berikutan itu kerja menaikkan SUV terbabit terpaksa mengambil masa lebih 24 jam.

“Ramai yang mempertikai kerana usaha menaikkan kereta itu mengambil masa lama iaitu lebih 24 jam.

“Sebenarnya, kami perlu mengambil kira keselamatan penyelam berikutan keadaan kenderaan yang teruk serta terdapat serpihan tajam yang boleh mengundang bahaya kepada penyelam,” katanya pada sidang media di Pangkalan Jeti Marin, Batu Uban, di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata, faktor arus deras dan penglihatan yang terhad di dasar laut turut menjadi halangan kepada pasukan penyelam untuk turun ke kereta mangsa bagi memasang kabel.

Menurutnya, kejayaan operasi sejak Ahad lalu itu adalah hasil kerjasama lima agensi terdiri daripada 169 pegawai dan anggota APMM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam termasuk 40 penyelam.

Berita berkaitan

'Janji tak cakap yang tak baik lagi'

[UPDATE] SUV putih dinaikkan

Alamak, tali terlucut pulak...

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 8:32 PM