Jenazah Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar selamat dikebumikan. FOTO Ihsan Pembaca
Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar


“KAMI sekeluarga masih terkejut dengan kejadian yang menimpa adik saya, tetapi reda tetapi reda dan bersyukur selepas urusan pengebumian selesai,” kata Wan Basiron Wan Bakar, 47.

Dia adalah abang kepada Allahyarham Wan Mohd Baharul Nizam yang maut dalam kebakaran di Sepang, kelmarin.

Wan Basiron bagaimanapun berkata, dia tidak mahu mengulas berhubung kejadian itu.

“Saya turut berharap semua pihak dapat menghormati keputusan kami sekeluarga yang masih diselubungi kesedihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Wan Mohd Baharul Nizam di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenang di Jertih, hari ini.

Jenazah dikebumikan selamat dikebumikan jam 7.50 pagi selepas solat jenazah di Masjid Felda Tenang.

Wan Mohd Baharul Nizam, 35, ditemui meninggal dunia bersama Norwahidah Abdul Hamid, 28, dalam insiden kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Isnin lalu.

Semalam, polis mengklasifikasikan semula kematian Norwahidah dan Wan Mohd Baharul Nizam sebagai kes bunuh.

Kedua-dua mereka adalah penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 January 2019 @ 6:44 PM