ORANG ramai termasuk ahli keluarga terdekat menunaikan solat hajat diimamkan Ahmad Shah, malam ini bagi memohon dipermudahkan proses pencarian Abdul Bari dikhuatiri lemas di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori.


SOLAT hajat bagi membantu usaha pencarian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu dilakukan di kawasan lapang pulau berkenaan, malam ini.

Hampir 200 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan mangsa serta orang ramai melakukan solat berkenaan diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Solat hajat selepas solat Maghrib itu turut disertai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim; ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ADUN Batu Buruk, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Ahmad Shah melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kehadiran orang ramai yang turut menyertai solat berkenaan.

“Ini antara usaha bagi membantu pencarian mangsa selain usaha dilakukan pasukan penyelamat,” katanya.

Katanya, solat hajat bukan hanya dibuat di lokasi kejadian, tetapi ia turut diadakan di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“Saya mewakili kerajaan negeri meminta seluruh umat Islam di negeri ini mengadakan bacaan Yaasin sama ada secara sendirian di rumah atau beramai-ramai di surau dan masjid,” katanya.

Berita berkaitan

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 8:59 PM