ORANG ramai melihat pasukan bomba melakukan SAR. FOTO Ghazali Kori
Hanneeyzah Bariah Baharin dan Zatul Iffah Zolkiply
cnews@nstp.com.my


TRAGEDI menimpa Abdul Bari Ashraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas selepas membantu lima sekeluarga dalam kejadian pacuan empat roda terjunam ke muara sungai bukan sahaja mengundang simpati ramai, tetapi juga menyebabkan lokasi kejadian di Pulau Warisan, Kuala Terengganu sesak dengan pengunjung dan kenderaan.

Sehingga jam 10 malam ini, kawasan sekitar pulau itu tidak putus-putus dipenuhi ratusan pengunjung termasuk penduduk setempat, yang mahu menyaksikan sendiri secara dekat lokasi kejadian dan operasi pencarian mangsa oleh pasukan penyelamat.

Malah, orang ramai turut menzahirkan kecaknaan terhadap tragedi itu dengan membaca surah Yassin beramai-ramai bagi membantu mempermudahkan usaha pencarian mangsa oleh pasukan penyelamat.

Muhammad Afiq Azhar, 21, dari Panji Alam, berkata dia dan rakannya datang menaiki motosikal untuk menyaksikan sendiri operasi mencari dan menyelamat mangsa serta menunaikan solat hajat.


PASUKAN perubatan memberi bantuan awal kepada pelajar yang terhidu bahan kimia di SMK Pasir Putih, Pasir Gudang. FOTO Hairul Anuar Rahim

“Kejadian ini menyentuh hati seluruh rakyat Terengganu dan pastinya ramai yang mahu melihat sendiri bagaimana keadaan di lokasi kejadian.

“Terkejut juga apabila sampai di simpang masuk ke Pulau Warisan ia sesak dengan kenderaan, nak cari parkir pun susah. Sudah dua hari kami datang ke sini.

“Walaupun tidak kenal dengan mangsa, kami rasa sayang padanya seperti ahli keluarga. Memang sedih dengan kejadian menimpa dan kami harap keluarganya tabah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Noor Amelina Aminuddin, 24 pula berkata, selepas mengetahui mengenai kejadian di media sosial dan televisyen, dia dan rakan sekerja terharu dengan kisah pengorbanan Abdul Bari sekali gus terpanggil untuk datang melihat sendiri keadaan di lokasi kejadian.

“Walaupun Abdul Bari bukan ahli keluarga kami, semangat dan pengorbanannya mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan orang lain membuatkan kami bangga dan terharu.

“Doa kami semoga keluarganya bersabar dan tabah serta Abdul Bari segera ditemui,” katanya sayu.


Sementara, Razak Abdul Wahab, 55, berkata, dia bersyukur sempat menyertai solat hajat mendoakan usaha mencari dan menyelamat Abdul Bari dipermudahkan.

“Alhamdulillah saya juga sempat membaca Yassin dan berdoa semoga Allah mempermudahkan segala-galanya buat Abdul Bari dan keluarga. Kami doakan yang terbaik buat beliau,” katanya.

Berita berkaitan

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 11:09 PM