LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


MAYAT kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemui dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan akan dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun memaklumkan sebarang keputusan berkaitan kematian mangsa akan dikeluarkan sebaik proses bedah siasat selesai.

“Saya sahkan terima maklumat kes itu. Saya tidak boleh beri pengesahan lanjut punca kematiannya. Tunggu laporan forensik dan bedah siasat selesai.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah lama meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

Mayat Siti Masyitah Ibrahim ditemui orang kampung pada 5 petang semalam sebelum keluarga mangsa dan pihak polis dimaklumkan.

Mayatnyakini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Harian Metro difahamkan, mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

Menurut sumber polis, seorang lelaki berusia 23 tahun sudah ditahanbagi membantu siasatan penemuan mayat Siti Masyitah.

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Siti Masitah
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 2:22 PM