Semua wira ini termasuk Allahyarham Abdul Bari akan menerima anugerah khas dan insentif daripada Kerajaan Terengganu 22 Februari ini.
Helmy Abd Rahman dan Baharom Bakar


KERAJAAN negeri akan menyampaikan anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, 8 Februari lalu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah itu juga akan diberikan kepada lima lagi individu atas jasa dan keberanian mereka yang turut sama menyelamatkan mangsa.

“Kita akan adakan satu majlis khusus pada 22 Februari ini dan menyampaikan anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarham (Abdul Bari Asyraf) dan lima lagi yang turut sama turun ke dalam air untuk selamatkan mangsa.

“Mereka akan menerima insentif dalam bentuk kewangan dan sijil, cuma Allahyarham dapat lebih sikit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kit Jenazah Syarikat Air Terengganu (SATU) kepada wakil kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Atemin Sulong dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam kejadian 8 Februari lalu, Allahyarham Abdul Bari; Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29; Saiful Anuar Mohd, 37; Shahrul Mizan Harun, 34; Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28 dan Omar Abdul Aziz Othman, 27, menjadi sebutan kerana keberanian mereka menyelamatkan nyawa lima sekeluarga yang nyaris lemas selepas pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki meluncur sebelum terjunam ke sungai jam 9.40 malam.

Bagaimanapun, Abdul Bari hilang dalam kejadian itu sebelum ditemui lemas Ahad lalu di kawasan kuala Sungai Terengganu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi, 2.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Samsuri berkata, beliau sudah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan Pulau Warisan.

“Kita akan sediakan papan tanda jangan mandi dan meletakkan hadangan supaya tidak ada kenderaan terlajak masuk ke dalam sungai pada masa depan.

“Selain itu kita akan menyediakan tandas awam kerana difahamkan insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang jatuh ke air hendak ke tandas yang terletak jauh dari kawasan itu,” katanya.

Berita berkaitan \

'Teringin imamkan solat jenazah Abdul Bari'

'Ini janji Allah...'

Mayat Abdul Bari ditemui [METROTV]

Dua anjing pengesan tiba hari ini

'Kecanggihan ROV diharap kesan Abdul Bari'

'Kami sayang kamu Abdul Bari'

'Ya Allah, permudahkan pencarian Abdul Bari...'

'Rasa nak habis nafas dah...'

'VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm'

'`YANG aku takut jika ajal yang tibe dulu...... ''

''Saya reda dan bangga' - Bapa Abdul Bari'

'Dia tenggelam timbul pegang budak'

PPDA cari Abdul Bari pagi ini

Nekad terjun sungai selamatkan mangsa [METROTV]

'Hilang ketika selamatkan pikap terjunam ke sungai'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 8:19 PM