Keadaan Gunung Baling yang terbakar sebelum ini.
Safuri Kamarudin


GUNUNG Baling yang terbakar sejak sembilan hari lalu semakin pulih kerana tidak ada lagi kesan baru terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi Ops Bayu ditangguhkan pada jam 5.40 petang hari ini kerana tiada lagi titik panas dikesan.

Beliau berkata, hasil pemantauan pasukan pemadam yang dibentuk terdiri pelbagai agensi memberikan laporan positif.

“Keadaan Gunung Baling sekarang semakin pulih kerana tiada kesan baru sehingga ia ditangguhkan petang ini.

“Bagaimanapun operasi akan disambung semula pagi esok dengan tindakan pemantauan dari udara menggunakan dron dan pemerhatian anggota bertugas,” katanya.


Anggota bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan keadaan Gunung Baling. FOTO Ihsan Bomba

Mohd Jamil berkata, jika esok tiada lagi kesan kebakaran pada Gunung Baling kemungkinan besar pertimbangan untuk operasi ditutup adalah besar.

“Pemantauan dari semasa ke semasa akan tetap dilakukan oleh setiap agensi dan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Kawasan hutan Gunung Baling dilapor terbakar sejak jam 5 petang 6 Februari lalu dan api merebak dengan cepat berikutan cuaca kering dan tiupan angin ketika ini.

Berita berkaitan:

  • Tinggal satu titik kebakaran lagi
  • Hampir 85 peratus kebakaran Gunung Baling dipadam
  • Kebakaran di Gunung Baling semakin marak
  • Kebakaran Gunung Baling semakin merebak
  • Gunung Baling terbakar lagi
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Februari 2019 @ 11:52 PM