Kontraktor pembersihan memeriksa ayam yang terkorban. FOTO Rasul Azli Samad.
Mohd Hilmie Hussin


KIRA-KIRA 1,000 daripada 5,000 ayam mati selepas lori 10 tan membawa muatan itu terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan PLUS Ronda di Kilometer 204.1 Lebuh raya Utara Selatan, hari ini.

Kemalangan pada 8.15 pagi itu menyebabkan laluan dua lorong menghala ke utara ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan kesesakan berlaku sehingga 11 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian, lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Selangor untuk ke Merlimau, Jasin bagi menghantar bekalan itu.

Kerja pembersihan dilakukan segera selepas kemalangan. FOTO Rasul Azli Samad.

Bagaimanapun, pemandu lori hilang kawalan apabila melanggar belakang kenderaan PLUS Ronda yang berada di lorong paling kiri, menyebabkan ia terbabas dan melalui laluan bertentangan serta terbalik.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, akibat kemalangan itu, anggota Plus Ronda dan pemandu treler cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Katanya, masih menyiasat kejadian itu dan kecederaan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 3:22 PM