FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
BERNAMA

Kes denggi di negeri ini dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak kepada 1,492 kes bagi tempoh tujuh minggu pertama tahun ini berbanding 776 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, peningkatan sebanyak 92.27 peratus itu menjadikan Johor negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Bagi tempoh empat minggu pertama tahun ini, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan tiga kematian di Johor Bahru dan satu di Batu Pahat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar, Johor, hari ini.

Pada tempoh sama tahun lalu, sebanyak dua kematian direkodkan sementara 20 kematian direkodkan bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

Menurut beliau, faktor peningkatan kes denggi adalah kurangnya kebersihan persekitaran kawasan kediaman di samping faktor cuaca panas dan hujan yang menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.

“Masyarakat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan perlu peka mengenai kebersihan khususnya kawasan yang mudah bertakung untuk mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Justeru itu, pihaknya merancang mempelbagaikan kempen kesedaran terutama melalui media massa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Februari 2019 @ 7:12 PM