SAMSUNG Galaxy S10e, S10 dan S10+
Alias Abd Rani


Kuala Lumpur: Meraikan sedekad sejak pelancaran Galaxy S yang pertama kira-kira 10 tahun lalu, Samsung Electronics Co. Ltd kali ini memperkenalkan telefon pintar premium terbaru, Galaxy S10, awal pagi ini.

Galaxy S10 dilancar serentak bersama-sama Galaxy S10+,Galaxy S10e serta S10 5g, yang menjanjikan kepuasan maksimum kepada pengguna memiliki peranti berkuasa mercu pada tahun ini.

Menerusi keempat-empat peranti unik itu, Galaxy S10 direka bentuk untuk memenuhi keperluan pasaran telefon pintar hari ini sekali gus membolehkan pengguna melakukan lebih banyak daripada apa yang mereka inginkan.

Setiap peranti direka, pasti memberikan pengalaman bermakna kepada generasi akan datang terutama mereka yang menitikberatkan inovasi dan inovatif dalam paparan, kamera serta keupayaan.

Samsung Galaxy S10 dilengkapi skrin 6.1″ QHD+ AMOLED Dinamik, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 512B, kamera utama 16+12+12 Megapixel f/2.2+f/1.5+f/2.4, kamera swafoto 10-Megapixel f/1.9 dan bateri sebesar 3400 mAh.

Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar, biasa dan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.

Bagi pengguna ingin mencari peranti dilengkapi sistem pengecas nirwayar, Galaxy S10 + adalah pilihan terbaik.

Samsung Galaxy S10+ pula dilengkapi skrin 6.4″ QHD+ AMOLED Dinamik, dijana pemproses Eynos 9820, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 1TB, kamera utama 16+12+12 Megapixel f/2.2+f/1.5+f/2.4, kamera swafoto 10+8 Megapixel f/1.9+f/2.2 dan bateri sebesar 4100 mAh.

Kamera utama menggunakan lensa ultra sudut lebar, biasa dan telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan kemampuan auto fokus dan rakaman video 4K.

Sementara itu, Galaxy S10e dibina untuk mereka yang mahukan semua keperluan premium dalam pakej padat pada skrin rata.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IT & Bahagian Komunikasi Telefon, Samsung Electronics, DJ Koh berkata, sejak dilancarkan 10 tahun lalu, siri Galaxy S menonjolkan inovasi premium dengan menawarkan pengalaman luar biasa.

Katanya, model ini membuatkan pelanggan berupaya mencari peranti sesuai bagi kegunaan mereka.

“Galaxy S10 membina warisan luar biasa, menyampaikan paparan terhebat, kamera, dan inovasi tinggi. Dengan empat peranti premium, Samsung memanfaatkan satu dekad kepimpinan industri untuk membawa era teknologi telefon pintar baru,” katanya.

Galaxy S10 dicipta dengan skrin terbaik, paparan AMOLED Dinamik pertama di dunia.

Sebagai telefon pintar memiliki HDR10+ yang pertama, paparan ini memiliki kandungan digital yang jelas, pemetaan nada dinamik.

Anda akan melihat pelbagai warna yang lebih luas untuk gambaran yang nyata dan realistik. Paparan AMOLED Dinamik Galaxy S10 juga diperakui VDE untuk warna cerah dan nisbah kontras terbaik industri pada peranti mudah alih.

Hasil cetusan idea baru, Galaxy S10’s memperlihatkan rekaan skrin Infiniti-O yang memposisikan dwi-kamera berkenaan dengan lebih jelas serta gabungan sensor 8MP + 5MP untuk rakaman swafoto.

Samsung Galaxy S10+ dan S10 mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik terbina dalam skrin serta sistem imbasan wajah 3D. Samsung Galaxy S10e pula mempunyai pengimbas cap jari pada sisi peranti butang kuasa.

Ketiga-tiga peranti ditawarkan dalam warna Prism White, Prism Green dan Prism Black.

Galaxy S10+ akan hadir dalam penawaran warna ekslusif Luxurious Ceramic Black dan Luxurious Ceramic White.

Galaxy S10 5G pula dicipta untuk mereka yang mahukan lebih banyak daripada sedia ada dan memiliki kelajuan terpantas.

Tempahan awal Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10e bermula 10 pagi esok sehingga 28 Februari atau sehingga stok masih ada.

Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10e boleh didapati di kedai terpilih dan dalam talian bermula 8 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S10, sila layari laman web http://www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/galaxy atau www.samsung.com/galaxy. Untuk tempahan awal Galaxy S10, layari www.samsung.com/my

Ciri-ciri Galaxy Siri S

• Kamera pro gred iaiyu kamera dual pixel, aperture pertama dan lensa lebar ultra yang pertama dengan bidang pandangan 123 darjah.

• Merekod video Super Steady dan tinggi dengan teknologi penstabilan digital.

• Kedua-dua kamera hadapan dan belakang boleh menembak dalam kualiti UHD tinggi.

• Kamera AI dilengkapi Unit Pemprosesan Neural (NPU) supaya anda boleh mendapat keratan gambar berkualiti tinggi.

• Perkongsian tanpa wayar

• Prestasi pintar

• Wi-Fi pintar

• Bixby rutin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 10:24 AM