WARGA emas, Che Eshah Mat Zain, 64, tetap menjaga dan menguruskan anaknya Muhamed Daud 46, yang hilang upaya akibat lumpuh sejak pertengahan tahun lalu selepas kemalangan pada 2016 ketika ditemui di rumahnya di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB). FOTO Syamsi Suhaimi
WARGA emas, Che Eshah Mat Zain, 64, tetap menjaga dan menguruskan anaknya Muhamed Daud 46, yang hilang upaya akibat lumpuh sejak pertengahan tahun lalu selepas kemalangan pada 2016 ketika ditemui di rumahnya di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB). FOTO Syamsi Suhaimi
Hazira Ahmad Zaidi


IBU yang menjaga anaknya yang terlantar akibat kemalangan sehingga mengalami masalah saraf, tiga tahun lalu, menerima sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), hari ini.

Che Eshah Mat Zin, 64, yang menetap di Kampung Siti Manis dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, menjaga anaknya, Muhamed Daud, 46, yang hilang upaya untuk berjalan selain kedua-dua belah matanya juga tidak lagi dapat melihat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit.

Selain itu, MAIK juga akan berusaha mencari rumah sewa lain kepada Che Eshah sekeluarga memandangkan rumahnya kini sudah terlalu uzur.

“Memandangkan Che Eshah tidak mempunyai tanah untuk dibina rumah yang lebih selesa, maka MAIK atau mana-mana pihak boleh membantu mencari rumah sewa dan bayaran sewa bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

“Dalam masa sama, saya juga akan memberikan katil wakaf kepada Muhamed untuk memudahkan dia diuruskan dengan keadaannya yang terlantar dan sukar untuk bergerak,” katanya.

Sabtu lalu Harian Metro melaporkan, Muhamed terpaksa dijaga seperti bayi selepas mengalami masalah saraf akibat kemalangan dengan kereta.

Kemalangan itu mengakibatkan Muhamed parah di kepala menyebabkannya terpaksa melupakan hasrat menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya.

Kesan jangka masa panjang daripada kemalangan itu, anak sulung daripada sembilan beradik ini hanya mampu terlantar dan mengharapkan bantuan ibunya yang sudah tua.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank, 153039144986, atas nama Che Eshah Mat Zin.

Berita berkaitan

'Bayi' 46 tahun

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 3:00 PM