Wartawan Harian Metro


-Pada awal bulan November 2018, ibu mangsa mengenali suspek yang juga teman lelakinya apabila sering datang ke tempat kerjanya di Pulau Pinang.

- Akhir November 2018, wanita itu datang ke Langkawi bersama anak perempuannya. Mereka tinggal bersama suspek dan isterinya di rumahnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah.

- Pada hujung bulan Januari 2019, isteri suspek mengetahui hubungan intim suaminya dengan ibu mangsa.

-Ibu mangsa dihantar untuk tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat, namun anaknya tidak diserahkan kepada pengadu.

- Pada penghujung Februari 2019 ibu mangsa pergi ke rumah suspek dan dapati anaknya tiada di dalam rumah suspek. Dia diberitahu anaknya diberikan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

- Ibu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuah berhubung kehilangan anaknya pada 3 Mac 2019.

- Pasangan suami isteri terbabit ditahan di sebuah rumah inap desa di Ampang, Selangor 4 petang 5 Mac 2019 selepas melarikan diri.

- Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, ditemui di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi 6 Mac 2019 selepas ditunjuk oleh suspek.

Berita berkaitan

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 5:29 PM