PIHAK berkuasa mencari saki-baki cebisan mayat mangsa. FOTO IHSAN PDRM
Aizat Sharif dan Zuliaty Zulkiffli dan Hamzah Osman


POLIS sudah mengambil keterangan daripada lima anak suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anak suspek terbabit berusia antara tiga hingga 12 tahun dirakam percakapan mereka di Pusat Temuduga Kanak-Kanak(CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata, rakaman semua anak pasangan itu mungkin akan membantu siasatan.

“Percakapan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa, jadi kita terpaksa membawa mereka ke IPK Kuala Lumpur untuk merakamkan percakapan mereka,” katanya ketika ditemui di Langkawi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi.

Bagaimanapun, polis menemui tengkorak dan cebisan rambut kanak-kanak terbabit di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya jam 11.30 semalam.

Ia hasil penahanan sepasang suami isteri ditahan di sebuah inap desa (homestay) di Ampang, Selangor, kelmarin.

Berita berkaitan

Kes Aleya: Polis jumpa dua gigi, gumpalan rambut

Suspek bunuh Aleya direman

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 3:21 PM