ANGGOTA polis dan bomba menyertai operasi mencari saki baki cebisan mayat kanak-kanak mangsa bunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang diteruskan di hutan Jalan Gunung Raya. FOTO Ihsan PDRM
Hamzah Osman


OPERASI mencari saki baki cebisan mayat mangsa bunuh, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di hutan Jalan Gunung Raya, Langkawi, diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi memasuki hari ketiga itu bagi memperoleh lebih banyak cebisan mayat.

"Maaf... kami masih mencari lagi bagi mengesan kemungkinan masih ada cebisan mayat di lokasi mayat mangsa dibuang oleh suspek.

"Setakat ini, kita sudah menemui tiga sampel iaitu tiga gumpalan rambut, dua batang gigi dan satu tengkorak kepala mangsa," katanya.

Mohd Iqbal berkata, cebisan mayat itu yang kini dalam simpanan polis dijangka dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, esok.

"Bedah siasat akan dilakukan pada Ahad ini, selepas itu sampel cebisan anggota mayat itu akan dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

"Pegawai penyiasat dan anggota polis mengunjungi semula lokasi pembuangan mayat dan rumah tempat tinggal suspek.

"Sehingga sekarang, polis tidak menemui apa-apa penemuan baru di kedua-dua lokasi," katanya.

Beliau berkata, pasukan penyiasat memberi tumpuan untuk mengumpul sampel di rumah suspek yang kemungkinan berlaku penderaan terhadap mangsa.

Semalam, operasi mencari cebisan mayat membabitkan pasukan polis dan bomba dengan bantuan khidmat anjing pengesan dihentikan pada 1 tengah hari.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya di sini, pada 11 pagi Rabu lalu, selepas suspek lelaki berusia 37 tahun menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang dipercayai dilakukan pada 16 Februari lalu.

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis rakam percakapan lima anak suspek

Kes Aleya: Polis jumpa dua gigi, gumpalan rambut

Suspek bunuh Aleya direman

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 1:16 PM