JOHOR BAHRU 07 MAC 2019. ANGGOTA Hazmat dan pegawai JAS mengambil sampel bahan kimia pada 7 Mac lalu, yang dibuang di Sungai Kimkim yang mengakibatkan beberapa murid dan pelajar mengalami kesesakan nafas di SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. FOTOHairul Anuar Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein


EMPAT kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang dimasukkan ke hospital selepas kesihatan mereka terjejas ketika memberikan rawatan kepada mangsa pencemaran gas metana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Khamis lalu, kini dilaporkan stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Selahudden Abd Aziz berkata, daripada semua kakitangan itu, dua doktor dan seorang jururawat sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, katanya, seorang pemandu ambulans berusia 44 tahun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI dan di bawah pengawasan.

“Daripada awal, hanya empat kakitangan HSI yang dimasukkan ke hospital selepas mereka turut menerima kesan ketika memberikan rawatan kepada mangsa pencemaran berkenaan. Seorang daripadanya dimasukkan ke ICU kerana mengalami sesak nafas.

“Bagaimanapun, tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang hari ini, manakala pemandu ambulans masih di bawah pengawasan. Namun, dia sudah sedar dan beransur pulih,” katanya, hari ini.

Harian Metro melaporkan pemandu ambulans dikenali senagai Mohd Fariz Anuar itu tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu gas ketika mengambil pesakit di sekolah yang terjejas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, sehingga kini sebanyak 82 kes dilaporkan susulan insiden itu.

Katanya, ia termasuk 23 pesakit luar dan 59 orang yang dirawat di wad hospital.

“Daripada 59 orang yang dirawat di wad, 34 daripadanya sudah dibenarkan pulang manakala 25 orang masih dirawat di wad.

“Seramai 18 dirawat di wad biasa dan tujuh dirawat di ICU dengan seorang masih ditidurkan dan enam di bawah pengawasan,” katanya.

Berita berkaitan

Sungai Kim Kim masih tercemar

Pencemaran gas metana: JAS teliti rakaman CCTV

[UPDATE] Polis terima 5 laporan buang sisa kimia

[UPDATE] Sungai Kim Kim akan dibersihkan

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 7:19 PM