MOHD Iqbal menunjukkan lokasi cebisan mayat Nur Aisyah ditemui di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya, Langkawi. -Foto HAMZAH OSMAN
Zuliaty Zulkiffli


ALOR SETAR: Polis merekodkan keterangan 13 saksi untuk membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Aisyah Aleya Abdullah yang ditemui mati di Jalan Gunung Raya, Langkawi, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, saksi itu termasuk lapan kakitangan Hospital Langkawi.

Lima daripadanya adalah anak pasangan suami isteri yang dipercayai suspek kejadian itu.

Mereka yang berusia antara tiga hingga 12 tahun itu diambil keterangan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Setakat ini, tiada penemuan terbaru di kawasan gaung Gunung Raya dan rumah suspek di Kuarters Hospital Langkawi.

“Hanya toto yang mempunyai kesan darah dan penyangkut baju dirampas di rumah suspek pasangan suami isteri untuk siasatan lanjut,” katanya.


NUR Aisyah Aleya

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas tengkorak, gigi dan rambut milik Nur Aisyah Aleya bermula jam 11.30 pagi semalam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Proses bedah siasat selama dua jam itu selesai jam 1 tengah hari.

Mohd Iqbal berkata, pegawai penyiasat akan menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa ke Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor untuk dianalisis dalam tempoh terdekat.

“Sampel DNA itu dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan identiti mangsa manakala ibu mangsa boleh menuntut tengkorak, gigi dan rambut untuk proses pengebumian,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, reman terhadap kedua-dua suspek berakhir 14 Mac ini dan dijangka disambung untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan rekod, pihaknya mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah amanah membabitkan wang RM57,000 milik majikannya di Johor Bahru.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmaliah Samo yang ditemui di Jabatan Forensik HSB, semalam enggan ditemubual.

Ibu mangsa yang tiba dari Langkawi jam 9.30 pagi turut ditemani tiga rakan termasuk majikannya di pulau itu.

Berita berkaitan

Suspek bunuh Aleya direman

Toto berdarah di bilik Aleya

[UPDATE] Bedah siasat Jumaat ini

'Achik, Aleya dah mati...'

Kronologi penemuan mayat Nur Aisyah

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 7:30 AM