Zuhainy Zulkiffli
am@metro.com.my


IBU kepada mangsa tembakan rambang di New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, dijangka berlepas ke negara berkenaan esok untuk melihat keadaan anaknya.

Rokiah Mohammad, 65, dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) bersama anak keduanya, Roshidi, 42.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh menguruskan tiket penerbangan mereka.

Katanya, keputusan itu diambil selepas dia menghubungi isteri Rahimi, Norazila Wahid, 39, yang memaklumkan perkembangan terkini suaminya.

“Dalam panggilan kira-kira 7 malam itu, Norazila memaklumkan Rahimi baru selesai menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian perut.


Rokiah sebak ketika ditemui di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

“Bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan sekali lagi esok berikutan peluru terbabit terkena tulang belakang,” katanya yang ditemui di rumah keluarga Rahimi di Kampung Binjai, Bayan Lepas, hari ini.

Sementara itu, Rokiah bersyukur selepas mengetahui perkembangan terkini anak keduanya itu menerusi panggilan telefon yang dibuat Azrul kepada Norazila.

Katanya, kali terakhir dia mengetahui perkembangan Rahimi selepas kejadian itu kira-kira 2 petang, namun difahamkan ketika itu Rahimi masih belum ditemui selepas ditembak.

“Saya amat bersyukur dengan perkembangan mereka, anak menantu dan cucu semua selamat.

“Saya mohon kepada semua rakyat Malaysia supaya mendoakan kesihatan Rahimi dan mangsa yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Rahimi adalah antara tujuh rakyat Malaysia yang dikenal pasti terkena tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Rahimi tinggal di Christchurch lebih empat tahun lalu dan bekerja sebagai juruteknik di kilang susu di New Zealand, manakala isterinya pula menuntut di University of Canterbury.

Berita berkaitan

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 9:15 PM