BAS yang terbabit dalam kemalangan dengan treler berhampiran Slim River. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


DUA cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan treler membawa muatan besi buruk di Kilometer 356 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di Slim River, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, dua yang cedera ialah penumpang bas dan pemandu treler.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan bas dengan treler dan dua cedera manakala kesemua yang lain selamat.

“Hanya dua yang cedera iaitu seorang penumpang bas serta pemandu treler dan tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

”Anggota yang tiba kemudiannya membawa pemandu treler menggunakan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Slim River.

“Penumpang bas yang cedera pula dibawa menggunakan ambulans ke hospital sama,” katanya.

Menurutnya, anggota kemudiannya membuat pemantauan bagi memastikan tiada penumpang di dalam bas dan treler sebelum operasi ditamatkan pada 6.10 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 9:11 AM