SEBAHAGIAN ahli keluarga dan waris mangsa di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. FOTO Aizuddin Saad
Amir Abd Hamid dan Norizuan Shamsuddin


POLIS masih menjalankan siasatan berhubung laluan digunakan pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran MASKargo, Sepang, semalam, berikutan kenderaan terbabit didapati menghala ke laluan berbeza daripada destinasinya.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, siasatan awal mendapati laluan digunakan pemandu bas terbabit adalah berbeza daripada destinasi yang perlu dilalui oleh kenderaan berkenaan yang sepatutnya menghantar pekerja ke MASKargo KLIA.

“Tetapi dia didapati menghala ke laluan berbeza, bas terbabit sepatutnya menghala ke arah jam tiga sewaktu melalui Bulatan Minyak untuk ke MAS Kargo.

“Bagaimanapun, bas terbabit didapati menghala ke arah jam 12 sewaktu di bulatan dan laluan itu adalah menuju ke ‘hangar’ KLIA bukan ke MAS Kargo.

“Kita masih menyiasat untuk kenal pasti bagaimana pemandu bas berusia 43 tahun terbabit menghala ke laluan itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, di Serdang, hari ini.

Zulkifli berkata, sehingga kini mangsa seramai 11 mangsa disahkan meninggal dunia.

“Tujuh mangsa dilaporkan berada dalam yang kritikal, lima daripada mereka dirawat di Hospital Serdang, seorang di Hospital Banting dan seorang lagi di Hospital Putrajaya.

“Kita sudah memaklumkan mengenai kejadian pihak kedutaan masing-masing untuk tindakan lanjut.

“Polis juga akan merakamkan keterangan mangsa yang cedera petang ini untuk membantu siasatan," katanya.

Sebelum itu, Harian Metro sebuah bas pekerja dinaiki 44 individu termasuk warga asing menjunam ke dalam longkang di lokasi terbabit, jam 11.10 malam.

Berita berkaitan:

  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 1:05 PM