Gambar hiasan
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


HARGA runcit petrol RON97 naik lima sen pada harga RM2.68 seliter manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga bahan api berkenaan ditetapkan bagi tempoh 13 hingga 19 April ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 Mac hingga 19 April itu masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 5:12 PM