Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid
am@hmetro.com.my


CALON Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan tindakan peraih undi parti lawan yang berada kurang 50 meter dari pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, hari ini.

Dr S Streram berkata, tindakan itu ternyata menyalahi peraturan Pilihan Raya yang menyatakan peraih undi perlu berada lebih 50 meter dari pusat pengundian.

“Saya fikir ini adalah kesalahan kerana berada kurang 50 meter dari pusat pengundian.

“Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pengundian di SJKC Chung Hua, hari ini.

Pegawai SPR bertugas kemudian mengarahkan sekumpulan penyokong parti lawan untuk beredar.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 11:32 AM
    PERAIH undi bersorak untuk menarik perhatian orang ramai yang datang sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman