Bukti dan kertas siasatan dibawa masuk ke bilik prosiding ketika sesi pendengaran awam RCI hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hairulazim Mahmud


“SAYA menerima arahan daripada Ketua Polis Perlis ketika itu Datuk Zul Aznam Haron supaya siasatan tidak diteruskan,” kata Superintendan Rizani Che Ismail.

Beliau yang ketika itu Ketua Polis Daerah Padang Besar memaklumkan kepada panel RCI bahawa arahan itu diterimanya ketika berada di Bukit Wang Burma pada 6 Mac 2015.

“Saya buat panggilan telefon kepada KP (Ketua Polis) di atas bukit selepas penemuan rangka dipercayai mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) dan arahan saya terima ‘hold,” katanya Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu Rizani yang kini bertugas di Bukit Aman mengakui siasatan berkaitan kes penemuan kem dan kubur terbabit sangat perlahan.

Katanya, situasi itu adalah di luar kebiasaan pihak berkuasa yang kebiasaannya pantas menyiasat kes seperti itu.

“Pada pendapat saya, kes ini nampak ‘gempar’ tapi perlahan, mungkin pucuk pimpinan fikir ia sensitif dan mahu menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand,” katanya.

Berita berkaitan

Prosiding tertutup kerana maklumat sulit

Jumpa 6 rangka, 20 kubur

Petanda buih berbau sabun

Mesej misteri dedah kehadiran polis?

RCI Wang Kelian bermula hari ini [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 5:42 PM