PEGAWAI perubatan memeriksa mangsa sebelum disahkan sudah meninggal dunia. FOTO Ihsan Polis.
Recqueal Raimi


SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kenderaan pacuan pacuan roda dari arah belakang dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, Keningau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa Jaidin Jamin, 26, parah di kepala dan badan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan daripada Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa dirempuh kenderaan jenis Toyota Revo dipandu lelaki warga emas berusia 84 tahun.

“Impak rempuhan menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter ke bahu jalan. Mangsa parah di kepala dan badan manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Ends//

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 3:33 PM