SUNITA menyampaikan kenderaan tajaan bagi TKHM 2019 kepada Husain. FOTO Adibah Ahmad Izam
Yusmizal Dolah Aling


PROGRAM Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2019 yang bermula Sabtu ini disemarakkan lagi oleh Honda Malaysia yang menaja empat kenderaan rasmi untuk kegunaan kru di sepanjang program itu.

Ketua Bahagian Jualan Honda Malaysia Sunita Prabhakaran berkata, pihaknya terpanggil untuk menyokong program tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan, terutama pada Ramadan dan dalam menyiapkan persiapan Aidilfitri.

“Semoga dengan bantuan yang kami beri mampu menggembirakan golongan kurang berkemampuan dalam menyambut Ramadan dan membuat persiapan hari raya,” katanya pada majlis penyerahan kenderaan itu, hari ini.

Honda menyediakan dua Accord, sebuah Odyssey dan CR-V untuk kegunaan TKHM 2019.

Hadir menerima tajaan ialah Pengarang Eksekutif, Komersial HM merangkap Pengerusi Penganjur TKHM 2019, Husain Jahit dan Pengarang Berita HM, Noor Azam Abd Aziz.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 6:01 PM