FOTO Hiasan
Siti A’isyah Sukaimi


KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan sebanyak 46,607 kes denggi di seluruh negara bermula 30 Disember hingga semalam, dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri lain.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan sebanyak 27,172 kes denggi sepanjang tempoh itu.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 4,124 kes, Johor (3,641 kes), Pulau Pinang (2,507 kes), Sabah (2,092 kes), Kelantan (1,391 kes) dan Perak (1,260 kes).

Selain itu, jumlah kes kematian yang dilaporkan ialah 71 orang bagi tempoh 1 Januari hingga 4 Mei lalu.

Statistik berkenaan dimuat naik menerusi laman rasmi http://idengue.remotesensing.gov.my hari ini.

Pada 2 April lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia di 10 lokaliti bermula Julai ini dalam usaha memperkukuh aktiviti kawalan denggi.

Dipetik Beliau berkata, kerajaan membuat keputusan itu susulan kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017 membabitkan hampir empat juta nyamuk berbakteria Wolbachia dilepaskan.

Nyamuk berWolbachia adalah satu inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi. Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes aegypti.

Nyamuk berWolbachia akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi.

nyamuk yang disuntik bakteria Wolbachia akan dilepaskan di 10 lokaliti yang dikenal pasti pada Julai depan bagi mengatasi peningkatan wabak denggi di kawasan berkenaan.

Beliau dipetik berkata, pelepasan nyamuk itu dijangka mampu menurunkan kes denggi di kawasan yang terbabit antara 60 hingga 70 peratus, sekali gus mampu mengurangkan kadar kematian akibat denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 3:10 PM