MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca
Safuri Kamarudin


PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabas ke dalam gaung di Jalan Keledang- Baling berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tawar, hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Khor Chew Heong, 48, dari Sungai Petani dipercayai terbabas sendiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, anggota mendapati sebuah motosikal terbabas ke dalam gaung di bahu jalan dan mangsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 4.12 petang.

Katanya, anggota menjalankan kerja menyelamat dengan membawa mangsa naik untuk menerima rawatan.

“Selepas diperiksa, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian .

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 8:26 PM