Laporan mengenai kejadian khianat sebelum ini.
Mohd Hilmie Hussin


SEORANG lagi ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian merosakkan kira-kira 20 kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin Pasir Putih, Bachang, Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, remaja yang juga penuntut sebuah institusi latihan kemahiran swasta berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan di Jalan Bachang pada 3.45 petang semalam.

Menurutnya, remaja itu adalah suspek kedua yang ditahan berkaitan kejadian itu selepas seorang lelaki warga Indonesia ditahan pada Ahad lalu.

Katanya, suspek kedua itu didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan juga waran tangkap mahkamah.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, hari ini membabitkan dakwaan berkaitan kes dadah,” katanya.

Pada malam Jumaat lalu, penduduk Kampung Pasir Putih gempar selepas kira-kira 20 kubur di tanah perkuburan terbabit dirosakkan, batu nisannya turut dipecahkan dan dicabut selain dua kubur dibakar individu tidak bertanggungjawab.

Kedudukan tanah perkuburan seluas 0.8 hektar yang tidak berpagar serta tidak dilengkapi kamera litar tertutup itu.

Tanah perkuburan terbabit mempunyai dua penjaga, namun kedua-dua penjaga tidak berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Susulan daripada itu, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, Bachang kira-kira 5 petang dan direman mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Berita berkaitan

Rosakkan kubur: Reman lelaki Indonesia dilanjut

Rosakkan kubur: Warga Indonesia direman [METROTV]

Apa motif kau rosak, bakar kubur?

JAIM mohon bantuan orang ramai

Kerja siapa rosakkan kubur? [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 4:27 PM