WAKIL pengeluar barangan bayi hadir pada majlis penganugerahan di Kuala Lumpur.
Hairulazim Mahmud


LEBIH 40 jenama barangan bayi terkenal yang menjadi pilihan pengguna di seluruh negara menerima anugerah ‘Motherhood Choice 2019’.

Lebih 500,000 pengguna terbabit dengan pemilihan dibuat melalui undian di portal motherhood.com.my sejak Mac lalu.

Antara jenama paling popular menjadi pilihan ibu bapa termasuk Poppy Seat, Philips Avent Natural Newborn Starter Set dan Bubbles Steam & Dry Sterilizer.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nuren, Petrina Goh berkata, pengiktirafan itu adalah untuk menonjolkan jenama dan produk berkualiti tinggi paling inovatif selain terbaik dalam pasaran produk ibu dan penjagaan bayi.

“Ia memberi tumpuan kepada produk kehamilan, bersalin, bayi dan kanak-kanak serta perkhidmatan.

“Anugerah ini dilihat sebagai cara baik untuk ibu berkongsi maklum balas mereka dan pendapat mengenai produk serta perkhidmatan mereka telah dicuba, diuji dan dipercayai.

“Anugerah ini bertujuan meraikan jenama yang membantu berjuta-juta ibu dalam perjalanan mereka, selain mendorong jenama lain untuk mencapai kecemerlangan di masa depan,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah berkenaan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Petrina berkata, ibu bapa perlu mendapatkan panduan supaya mereka memperoleh produk berkualiti dan terbaik untuk anak mereka.

Beliau berkata, kerana itu portal motherhood.com.my boleh membantu mereka untuk mendapatkan produk berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 10:17 PM