FOTO hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


TINDAKAN penganggur mencabul kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang diasuh isterinya di rumah mereka di Taman Ehsan, Gombak, mengundang padah apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian itu disedari bapanya, 31, jam 1 tengah hari Sabtu lalu, apabila mangsa menceritakan suspek, 38, yang juga suami kepada pengasuhnya bertindak mencabulnya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

“Bimbang dengan keselamatan anaknya, dia kemudian tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya, kelmarin, bagi membantu siasatan,” katanya.

Samsor berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 8:52 AM