Tun Dr Siti Hasmah menyambut hari kelahiran ke 93 hari ini. FOTO Aizuddin Saad
Alias Abd Rani


DUA hari lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-94 dan hari ini,

giliran isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Tanggal 12 Julai 2019, Dr Siti Hasmah genap usianya 93 tahun dan beliau menerima banyak ucapan dari rakyat Malaysia termasuk artis, ahli politik dan sebagainya.

Antaranya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith menzahirkan ucapan semoga Dr Siti Hasmah sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Pelakon dan pengacara, Adibah Noor pula menghulurkan ucapan khas buat kedua-duanya iaitu Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sambil mendoakan mereka dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira.

Selain itu, ucapan turut disampaikan rakyat Malaysia kepada Dr Siti Hasmah antaranya @Sham4789 yang menulis dalam Twitternya.

“4 Julai hari paling penting dalam hidup aku..10 Julai Birthday YAB Tun Dr Mahathir, 12 Julai Birthday Tun Dr Siti Hasmah.

“Happy Birthday Tun dan Siti Hasmah...susah nak jumpa suami isteri yang sama bulan lahir...”

Bagi MaL [email protected] pula, ucapannya diselangi dengan pujian kerana memiliki wanita yang sangat dikagumi.

“Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Teruskan perjuangan dan setia bersama Tun M. #TunSiti93.

Selain itu, Universiti Sains Malaysia (USM) turut memuat naik gambar Dr Siti Hasmah ketika menerima ijazah kehormat di universiti itu pada 2003.

“Diam bukan bermakna tiada apa, tapi penuh dengan jawapan. Selamat Hari Lahir Tun Dr Siti Hasmah!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 12:33 PM