SUSPEK yang ditahan polis semalam. FOTO Ihsan Polis.
Nurul Hidayah Bahaudin


BURUH Indonesia yang ditahan selepas melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di kedai serbaneka, Rabu lalu, direman selama tujuh hari hingga Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perintah tahanan reman suspek berusia 54 tahun itu bermula hari ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan lelaki terbabit yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah ditahan di sekitar Bandar Country Homes, Rawang, pada 1.15 tengah hari.

Polis turut merampas pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

Terdahulu, perbuatan lelaki itu yang menggesel punggung mangsa berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang.

Ia dilakukan suspek ketika mangsa bersama adiknya berada di rak bahagian belakang kedai terbabit.

Berita berkaitan

Lelaki miang diburu [METRO TV]

'Lelaki miang' dah kena gari

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 1:06 PM