Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Ankara Yildirim Beyazit daripada Dr Yekta Sarac (kiri). FOTO Bernama
BERNAMA

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam oleh Universiti Ankara Yildirim Beyazit hari ini.

Dr Mahathir dianugerahkan ijazah kehormat itu oleh rektor universiti berkenaan Prof Dr Ibrahim Aydinli dan Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Yekta Sarac.

Majlis penganugerahan itu diadakan pada Majlis Pengajian Tinggi Turki di Ankara.

Dr Mahathir adalah penerima ketiga doktor kehormat dari universiti itu selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Djibouti Ismail Omar Guelleh.

Ia bagi mengiktiraf usaha gigih Perdana Menteri membangunkan Malaysia.

Penganugerahan itu juga bagi menghargai usaha beliau mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki.

Dr Mahathir dalam lawatan rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 11:08 PM