LAPORAN sebelum ini.
Ramli Ibrahim


“KAMI doakan ayah sihat dan pulang ke rumah dengan selamat,” kata Zuriana Idris, 46, anak sulung Idris Che Din, 81, yang hilang sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, mereka sekeluarga dengan bantuan penduduk kampung dan polis sudah puas mencari Idris, namun gagal mengesannya.

Katanya, dia bimbang mengenai makan dan minum ayahnya namun yakin Idris sihat kerana warga emas itu tiada penyakit lain kecuali nyanyuk.

“Hari ini sudah hari keempat dia hilang dan harap dia dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Lebir di Gua Musang, hari ini.

Idris yang juga seorang peneroka disedari hilang selepas keluar dari rumahnya di RKT KESEDAR Lebir pada 3 petang Sabtu lalu.

Sementara itu, adik Zuriana, Fatimah, 27, berkata, bapanya keluar rumah sendirian selepas minum petang bersamanya.

“Selepas makan, saya masuk bilik sekejap manakala, ayah berehat di ruang tamu. Apabila saya keluar, ayah sudah tiada.

“Saya panggil ayah beberapa kali tetapi tiada sahutan dan memaklumkan kepada adik-beradik yang lain untuk mencarinya sekitar kampung.

“Tiada apa yang diharapkan melainkan ayah selamat dan ada insan yang membantu untuk menghantar ayah pulang,” katanya.

Berita berkaitan

Di mana Pak cik Idris?

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 1:31 PM