Beberapa lelaki merompak kedai emas di sebuah pasar raya di Bandar Puteri, Bangi. FOTO Ihsan Pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin


KEDAI emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Puteri, Bangi dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan pistol 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Dalam kejadian itu pengunjung pasar raya bertempiaran lari berikutan kumpulan itu memiliki senjata api.

Belum dapat dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan kemalangan jiwa atau sebaliknya.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan tiga lelaki memakai topi keledar tutup muka penuh memasukkan barang kemas ke dalam beg.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 11:12 PM