S Krishna Selvam perlu hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Ogos ini sebagai saksi perbicaraan kes dadah. FOTO ihsan polis.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang menjadi saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, saksi dikenali sebagai S Krishna Selvam, 26, dikesan berada di alamat terakhir di No 30, Jalan Selasih 5, Taman Selasih , Batu Caves, Selangor.

“Lelaki itu diminta tampil bagi menjadi saksi berhubung satu kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi berkenaan dikehendaki hadir untuk perbicaraan pada 23 Ogos ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9 pagi,” katanya.

Menurutnya, orang ramai atau individu yang memiliki maklumat mengenai wanita berkenaan diminta supaya tampil membantu di IPD Sentul atau balai polis berhampiran.

Selain itu, katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Mohamad Khairul Firdaus Ramli di talian 017-6299621.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 11:54 PM