PANEL lif di PPR. FOTO Hafiz Sohaimi
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


“TAHUN lalu dalam kejadian yang sama saya cedera di kaki kanan namun pada kali ini (semalam) kaki kiri saya pula cedera,” kata Mansor Husin, 64.

Dia adalah mangsa insiden lif luncur dari tingkat lima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.

Mansor berkata, kejadian pertama berlaku pada awal tahun lalu di lif berlainan menyebabkan dia cedera di kaki kanan.

“Tahun lepas ada empat di dalam lif, tapi kejadian pada tahun ini lebih mengerikan kerana lif meluncur laju dari tingkat lima.

“Saya kini trauma menggunakan lif dan kini banyak menggunakan tangga dari kediaman saya di tingkat lapan sebagai alternatif untuk turun ke bawah,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Mansor, kaki kirinya lebam dan lenguh akibat kejadian berkenaan yang berlaku dalam sekelio mata.

“Masa itu saya terduduk, orang lain yang dalam lif menghempap kaki saya menyebabkan kaki saya cedera.

“Saya bersyukur kejadian kali kedua ini tidak mengakibatkan kecederaan parah terhadap penghuni di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Johari Kamarudin, 40, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia terjatuh ketika lif meluncur laju ke bawah.

“Ketika itu kami semua ingin pulang ke rumah masing-masing selepas solat Jumaat di masjid berdekatan.

“Namun secara tiba-tiba sahaja lif turun dalam pintu terbuka menyebabakan semua panik. Benda ini jadi dalam beberapa saat sahaja, memang tidak sempat nak buat apa-apa,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Lif berhenti mengejut, bukan terhempas
  • Kaji semula SOP selenggara lif
  • Lif menggelongsor laju
  • Cuba berdiri, namun tak berdaya...
  • Perlu audit menyeluruh - TPM
  • Kerap buat aduan lif rosak
  • DBKL panggil kontraktor lif esok [METROTV]
  • Penduduk cerita detik lif terhempas [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 3:13 PM