DATUK Seri Nadzri Siron. FOTO Arkib NSTP.
Muhaamad Hafis Nawawi


BEKAS Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia di Hospital Ampang, malam ini akibat menderita penyakit leukemia.

Arwah yang menerima rawatan di hospital terbabit sejak 18 Julai lalu untuk rawatan kemoterapi menghembuskan nafas terakhir pada 7.19 malam.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri berkata, arwah bapanya dikesan menghidap penyakit itu Februari lalu selepas mengadu sesak nafas sebelum mendapatkan rawatan selama sebulan.

Menurutnya, terbaru dia membuat rawatan kemoterapi buat kali ketiga pada 18 Julai lalu kerana masalah darah putih kembali tidak normal, namun daya tahan badannya tidak kuat.

“Arwah ayah bersara daripada jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mac lalu.

“Sebelum ini, dia (ayah) pernah berpesan meminta kami menjaga mak kerana dia kata dah tak lama (hidup),” katanya ketika dihubungi.

Shahirah berkata, arwah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas selesai urusan di hospital, malam ini.

Arwah yang dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ pada 2016 balu, Datin Seri Fatimah Ariffin dan empat anak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 10:48 PM