GAMBAR hiasan.
Mohd Husni Mohd Noor


HARGA runcit petrol RON97 turun lima sen pada RM2.49 seliter manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing adalah RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, dengan pengekalan harga runcit itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 10 hingga 16 Ogos berjumlah RM59.28 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 6:55 PM