Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Syed Muhammad Danial menerusi akaun Twitter rasmi baginda, malam tadi.


“AL-FATIHAH. Takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). Sedih sangat!,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Twitter rasmi baginda, malam tadi.

Dalam status itu, baginda turut ulang ciap laporan Harian Metro mengenai Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Southville City, Bangi.

Syed Muhammad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 4.45 petang, kelmarin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada Sabtu lalu.

Susulan kejadian itu, polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka itu direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

Berita berkaitan

Dua adik ipar bagi keterangan

Beberapa saksi tampil beri keterangan

Air mata Qistina iringi pemergian suami

'Kenapa perlu hingga meragut nyawa?'

Provokasi jadi punca... [METROTV]

Kenapa la tak bincang elok-elok...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 10:38 AM