POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita warga emas di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua individu berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.
Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan pada 7 malam semalam dan tangkapan kedua enam jam kemudian.
“Semua mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Chee Khoon berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan bukan bermotifkan samun dan menolak pembabitan kumpulan kongsi gelap.
Harian Metro semalam
warga emas, P Runkanaikey, 78, maut manakala N Silamparasan, 22, parah selepas diserang lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, Runkanaikey meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah kepala, telinga kanan, tangan dan lutut kiri, manakala Silamparasan parah lengan tangan kiri, paha dan betis kiri serta tapak kaki kanan.
Berita berkaitan: