Lokasi yang menyebabkan Syed Muhammad Danial meninggal dunia di Kilometer 293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Nur Lela Zulkipli


POLIS sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya.

“Buat masa ini, kita masih mengekalkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, kemudian TPR akan menilai sama ada mengekalkan seksyen sama dalam pertuduhan atau sebaliknya.

“Kita tidak tahu berapa lama tempoh yang diperlukan TPR untuk memutuskan bila tertuduh akan didakwa di mahkamah.

“Ini kerana TPR perlu mengkaji terlebih dulu kes itu sebelum mengeluarkan apa-apa arahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani nota kerjasama di antara polis kontinjen Selangor dengan Pick N Go Sdn Bhd di Mers Pegawai Kanan, Shah Alam hari ini.

Dalam kejadian 1.40 tengah hari 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, maut selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Dilaporkan kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar-mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Katanya, suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.

Berita berkaitan

Sambung reman suspek langgar Syed Muhammad Danial [METROTV]

Sedih sangat! - Raja Permaisuri Agong

Dua adik ipar bagi keterangan

Beberapa saksi tampil beri keterangan

Air mata Qistina iringi pemergian suami

'Kenapa perlu hingga meragut nyawa?'

Provokasi jadi punca... [METROTV]

Kenapa la tak bincang elok-elok...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 1:55 PM