PRAMUGARI AirAsia dan kakitangan perubatan membantu penumpang yang menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. FOTO ihsan pembaca
PRAMUGARI AirAsia dan kakitangan perubatan membantu penumpang yang menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. FOTO ihsan pembaca
Kandau Sidi


PESAWAT AirAsia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Ahad lalu, terpaksa singgah di Miri selepas penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.

Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri, 5.28 petang semalam.

Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun, ketika dihubungi berkata, sejurus sahaja mendarat, penumpang berkenaan terus dihantar ke Hospital Miri.

“Pesakit dihantar ke hopsital dan selamat melahirkan bayi lelaki pada 5.58 petang. Pesakit berasal dari Sandakan (Sabah) dan dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur,” katanya.

Zainal Abidin menambah, penerbangan ke Sandakan kemudian diteruskan pada 6.27 petang hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 2:51 PM