Laporan portal Harian Metro mengenai kejadian gangguan sistem di KLIA, Sepang sebelum ini.
Mohd Azam Shah Yaacob


POLIS akan memanggil vendor yang membekal sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam masa terdekat bagi membantu siasatan terhadap gangguan di dua terminal berkenaan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, sehingga hari ini seramai 12 kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mengendalikan sistem itu sudah dipanggil bagi dirakamkan keterangan.

“Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan kes ini agak rumit kerana membabitkan masalah teknikal dan memerlukan penilaian daripada pihak yang pakar dalam bidang itu,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin sendiri akan memaklumkan rumusan mengenai kes itu sebaik siasatan selesai.

Pada 21 Ogos lalu, terminal KLIA dan klia2 dilaporkan mengalami gangguan sistem.

Gangguan itu menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi (BHS).

Ia juga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada penumpang selama tiga hari sebelum sistem itu kembali distabilkan pada 24 Ogos.

Berita berkaitan

Sedia siasat gangguan sistem di KLIA

Kegagalan sistem di KLIA berniat jahat?

Selidik kenapa KLIA 'breakdown'-Tun M

KLIA sudah pulih! [METROTV]

KLIA terus alami gangguan sistem

Siasat sebab TAMS kacau

Apa sudah jadi KLIA?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 3:16 PM