PEMANDANGAN bandar raya Kuala Lumpur berjerebu dengan dengan bacaan IPU di Batu Muda pada 135 (tidak sihat) jam 8.45 pagi. FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA


STESEN Rompin, Pahang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan merekodkan bacaan 228 setakat jam 9 pagi, hari ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, 21 stesen di negara ini turut mencatatkan IPU tidak sihat.

Di Selangor, Johan Setia mencatatkan rekod bacaan 170, Kuala Selangor (113) Klang (126) Banting (125), Shah Alam (137) dan Petaling Jaya (135).

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan IPU 140, Batu Muda, Kuala Lumpur (135), Putrajaya (151), Nilai, Negeri Sembilan (155), Seremban, Negeri Sembilan (129), Port Dickson, Negeri Sembilan (113).


PEMANDANGAN Petaling Jaya berjerebu dengan dengan bacaan IPU di Batu Muda pada 135 (tidak sihat) jam 8.45 pagi. FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD

Turut terjejas, Alor Gajah, Melaka dengan bacaan 110, Bukit Rambai, Melaka (106) Bandaraya Melaka, Melaka (104) dan Tangkak Johor (134).

Balik Pulau, Pulau Pinang merekodkan bacaan IPU 107 dan Seri Manjung, Perak dengan bacaan, 123.

Di Sarawak, tiga stesen turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Kuching dengan bacaan IPU 152, Samarahan (136) dan Sri Aman (166).

Sementara itu, 46 stesen di negara ini merekodkan bacaan IPU sederhana.


PEMANDANGAN di Putrajaya berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), 151 (tidak sihat) ketika dirakam pada jam 8.10 pagi. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 10:20 AM