WANITA berkenaan bersama tiga anaknya. FOTO Ihsan Pembaca
Noor Hidayah Tanzizi


WANITA ditahan kerana mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar raya di Seri Iskandar, semalam dibebaskan tanpa syarat hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan tiada pertuduhan dibuat terhadap wanita terbabit.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenan.

“Disahkan (wanita yang ditahan kerana mencuri) tidak dituduh selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Wanita berkenaan akan dibebaskan tanpa syarat hari ini,” katanya yang memaklumkan kes berkenaan sudah selesai.

Harian Metro hari ini melaporkan wanita berusia 31 tahun yang dikatakan sedang dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.

Barudin dilaporkan berkata, tangkapan awal dilakukan pihak pengawal keselamatan pasar raya sebelum wanita terbabit diserahkan kepada polis, semalam.

Berita berkaitan

Sampai terpaksa mencuri...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 1:03 PM