Hadzlihady Hassan


SEBANYAK 51 sekolah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang ditutup, hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan sangat tidak sihat.

EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, arahan penutupan sekolah di daerah itu dikeluarkan jam 7.20 pagi, hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di Balik Pulau direkodkan pada 218 (sangat tidak sihat), manakala tiga kawasan lain di negeri ini mencatatkan IPU tidak sihat, setakat jam 8 pagi tadi.

Di Minden, USM mencatatkan bacaan IPU 197, stesen di Seberang Jaya pula merekodkan bacaan pada paras 144, manakala stesen Seberang Perai 149 dalam tempoh sama.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 September 2019 @ 9:59 AM